Sabtu, 26 April 2008

Kelebihan al-Quran

Kelebihan al-Quran :

  1. Al-Quran merupakan Kalam AlLah Yang Maha Tinggi yang tiada bandingan dan serupa denganNya , diturunkan ke atas rasulnyaNya nabi Muhammad s.a.w , membacanya menjadi ibadat , tidak mampu ditiru kerana ia mukjizat , dan sampai kepada kita secara tawatur ;
  2. Sebuah kitab yang jelas penerangannya , tiada kebatilan , dan berkekalan ke hari ini tanpa sedikitpun ada perubahan isi kandungannya sekalipun dunia silih berganti ;
  3. Sebuah kitab lengkap dan sempurna , isi kandungan ada undang-undang dan peraturan hidup , peraturan ibadat , kaedah-kaedah agama , berita yang lalu dan akan datang , kisah-kisah nabi dan rasul , ilmu astronomi dan sains , berkata-kata berdasarkan kepadanya adalah benar , kerananya mendapat hidayah , berpaling daripadanya menjadi sesat , peraturannya adil , sesiapa yang menyeru ke arahnya akan mendapat pertolongan daripada Allah Taala , dan mendapat hukuman azab jika sebaliknya ;
  4. Ia merupakan dokumen nabi yang terakhir , lidah rasmi Islam yang dalam maksudnya , menjadi rujukan dalam bahasa arab , ia merupakan ikutan dan pemimpin dalam hidup ,dan beramal dengan segala perintah dan larangannya ;
  5. Penghubung antara langit dan bumi , watikah perjanjian antara AlLah dan hambaNya , sebaik-baik dan sebesar-besar kitab yang turun dari langit ;
  6. Antara nas-nas kelebihan al-quran ialah :


i. Terjemahan : “Al-Quran yang turun (datang)daripada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi” (Surah Toha : ayat 4)

    1. Daripada Uthman bin Affan r.a , sabda RasululLah s.a.w : Terjemahan : Sebaik-baik di kalangan kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarnya” : riwayat Imam Bukhari

    1. Daripada AbdulLah bin Amru bin al-As , sabda RasululLah s.a.w :

Terjemahan : “Akan dikatakan kepada ahlul Quran : Bacalah bertajwidlah sebagaimana kamu mambacanya secara bertajwid ketika di dunia , maka kedudukan kamu (di akhirat) akan ditentukan pada ayat yang terakhir kamu membacanya” : riwayat Abu Daud , Imam Tirmizi dan Ibn Majah

    1. Daripada Abi Musa al-Asyariy r.a , bahawasanya RasululLah s.a.w bersabda :

Terjemahan : “Umpama seorang mukmin yang membaca al-quran ialah seperti buah utrujjah, baunya wangi dan rasanya sedap, dan umpama seorang mukmin yang tidak membaca al-quran ialah seperti buah tamar, tiada bau dan rasanya sedap, dan umpama seorang munafiq yang membaca al-quran ialah seperti buah raihanah, baunya wangi dan rasanya pahit, dan umpama seorang munafiq yang tidak membaca al-quran ialah seperti buah hanzalah, tiada bau dan rasanya pahit : riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

    1. Daripada Aisyah r.a , katanya : RasululLah s.a.w pernah bersabda :

Terjemahan : “Orang yang fasih membaca al-Quran akan dapat bersama-sama para malaikat , dan orang yang kurang fasih membaca al-Quran bahkan ada kesulitan baginya akan mendapat dua pahala” : riwayat Imam Bukhari dan Muslim .

    1. Daripada AbdulLah bin Mas ud r.a , katanya , RasululLah s.a.w bersabda :

Terjemahan : “barang siapa yang membaca satu huruf daripada kitab AlLah akan mendapat satu kebaikkan, satu kebaikkan akan dibalas dengan sepuluh seumpanya , tidak aku bermaksud satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf : riwayat Imam Tirmizi.

    1. Daripada Abi Umamah r.a , katanya : aku pernah mendengar RasululLah s.a.w bersabda :

ِ

Terjemahan : “Bacalah al-Quran, maka sesungguhnya ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada ahlinya pada hari kiamat”.