Rabu, 7 Mei 2008

Hukum Mempelajari Dan Beramal Dengan Ilmu Tajwid



Mempelajarinya sekadar untuk tahu membaca al-Quran ialah wajib
ke atas orang awam kerana tanpa mempelajari ilmu tajwid sudah tentu mereka tidak mampu membaca al-Quran dengan sempurna.


Mempelajarinya secara mendalam sehingga mahir dan menjadi tempat rujukan ialah wajib sekadar memadai seorang sahaja bagi setiap daerah dari kalangan orang awam. Jika tiada , nescaya menanggunglah dosa semuanya.


Beramal dengannya sudah tentu menjadi wajib ke atas setiap individu muslim yang sudah baligh, berakal dan mukallaf sama ada hendak menghafal atau membaca atau sebahagian sahaja yang hendak di baca dan dihafal :


i. Firman AlLªh s.w.t :

Terjemahannya : “ Perelokkan bacaan al-Qurªn dengan bacaan yang teratur (bertajwid) ”


ii. Sabda RasalulLªh s.a.w :

Terjemahannya : “ Bacalah olehmu sekalian akan al-Qurªn dengan lahjah dan suara arab, dan elakkanlah dirimu daripada membacanya seperti lahjah ahli perosak dan mereka yang melakukan dosa-dosa besar ”.


Ada sesetengah dari kalangan ulama berpendapat bahawa melaksanakan kaedah ilmu tajwid dalam membaca satu-satu hadis adalah penting. Yang sebenarnya dalam perkara itu ialah sunat sahaja dan bukan sampai kepada tahap yang wajib.

Selasa, 6 Mei 2008

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN




  1. Menghadap Qiblat jika ada kesempatan ;
  2. Menggosok gigi kerana menghormati al-Quran ;
  3. Suci dan bersih daripada hadas dan berwuduk ;
  4. Memelihara diri daripada maksiat , dosa dan perkara yang diharamkan ;
  5. Mempunyai tubuh badan dan pakaian yang bersih daripada najis ;
  6. Memahami makna , berfikir dan khusyuk ketika membaca al-Quran :

Terjemahan : “Kitab(al-Quran) merupakan kitab yang kami turunkan kepada engkau(Muhammad) ada keberkatan supaya mereka memerhati ayat-ayatnya , dan supaya orang yang berakal akan ” . [Surah Sod : ayat 29]


  1. Memperelok bacaan dengan suara merdu dengan seadanya yang mampu dan sekurangnya tidak sumbang bila didengar ;
  2. Memilih masa dan tempat yang sesuai ;
  3. Menangis ketika membaca al-Quran sekalipun hanya buat-buat menangis ;
  4. Mohon rahmat AlLah pada ayat rahmat , Mohon hindar azab pada ayat azab
  5. Menjauhi daripada perkara yang melalaikan dan selesaikan terlebih dahulu perkara yang dihajati ;
  6. Tidak memutuskan bacaan dan berhenti sesuka hati tanpa ada kaitan dengan ayat yang dibaca ;
  7. Menghindari daripada bercakap-cakap, bergelak ketawa, dan bermain-main ketika membaca al-Quran kerana ditegah dan jauh dari rahmah Allah s.w.t., firman AlLah s.w.t :

Terjemahan : “Dan apabila al-Quran dibaca , maka hendaklah kamu semua mendengarnya , dan hendaklah kamu semua diam , mudahan akan dirahmati AlLah” . [Surah al-A’raf :ayat 204]