Khamis, 19 Ogos 2010

Kepentingan Pelajari Bacaan al-Quran Secara Talaqqi  [mengambil bacaan guru secara berdepan dan musyafahah] :

  1. Mempelajari bacaan al-Quran secara talaqqi adalah satu perkara yang amat penting . Talaqqi bermaksud mengambil ilmu daripada seorang guru secara berdepan dan menerima penjelasannya satu persatu dari mula hingga ke akhir bab. Kerana itulah tidak memadai hanya mempelajarinya di kitab sahaja  tanpa mempelajarinya secara  bertalaqqi daripada seorang guru yang mutqin dan amat memelihara bacaan al-Quran.
  2. Ia dititik beratkan kerana tidak semestinya apa yang ditulis dalam mashaf akan sama dengan apa yang dibaca. Ditambah pula dengan ayat-ayat al-Quran sebenarnya dibaca dengan berbagai bacaan atau lahjah qiraat sebagaimana yang diajar oleh baginda rasul s.a.w bertujuan untuk memudahkan umatnya membaca al-Quran tanpa hanya satu cara bacaan sahaja. Di mana bacaan-bacaan itu diriwayatkan oleh berbagai imam yang sampai sanadnya daripada rasauluLlah s.aw. Sebagai contoh di Malaysia umat Islam secara keseluruhannya mengamalkan bacaan yang diriwayatkan oleh Imam Hafs yang diambil daripada gurunya Imam Asim sanadnya sampai  kepada RasulLah s.a.w melalui Abi Abdir Rahman asSalamiy yang diterima daripada Ali karamaLlahu wajhah. Begitu juga dengan bacaan-bacaan lain sanadnya juga sampai kepada RasuluLlah s.a.w melalui sahabat yang lain pula. Sebagai contoh :  
} إِنَّّمَا جَزَآؤُوا  الَّذِينَ  يُحَارِبُونَ} {أَوْلَأَاذْبَحَنَّهُ} {بِأَيِّيكُمُ المَفْتُونَ {
}حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ}{يَعِظُكُمْ}{فَسَقَى لَهُمَا}{فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ }{وَذَرُوا الْبَيعَ{

  1. Sebahagian pembaca al-Quran pula mungkin berbeza cara membacanya walaupun  lafaz dan tulisannya adalah sama berikutan pembaca memahami makna dan usul-usul kalimah-kalimah tersebut  dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin juga disebabkan oleh berbeza cara menikmati dan mendengar ayat-ayat al-Quran.  Kesemua ini akan dapat dipelihara jika sekiranya pembelajaran al-Quran secara talaqqi diamalkan dan memperolehinya daripada guru yang berkelayakkan.
  1. Kekurangan yang ada ialah para pembaca al-Quran tidak dapat menentu dan mengenali guru yang benar-benar berkelayakkan untuk mengajar. Akibatnya bacaan yang mereka terima itu salah dan mengelirukan. Jadi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pembaca atau pelajar menyelidiki kelayakkan seseorang guru sebelum mereka memulakan pembelajaran.
  1. Satu peringkat, ada sesetengah pembaca al-Quran salah dalam bacaannya sehingga hampir-hampir makna ayat tersasar daripada kehendak ayat. Ini terjadi kerana mereka tidak berhati-hati dan bersikap ambil mudah ketika membaca al-Quran. Jika pembaca seorang yang mahir, peka, faham dan menikmati ayat satu persatu sudah tentu  bacaannya menepati sebutan huruf, makna mengikut kehendak ayat, menepati hukum bacaan, dan sempurna waqaf ibtida. Mereka juga tahu bila bacaan mereka  salah dan akan mengulanginya semula dengan bacaan yang betul.
  1. Sebagaimana hukum-hukum dalam al-Quran itu tidak memadai sekadar menadah ilmu di kitab bahkan perlu mempelajarinya secara mendengar ,bertalaqqi dan juga secara musyafahah yang berterusan. Cara ini merupakan ikutan daripada cara rasulullah s.a.w menerima bacaan al-Quran bersama hukum-hukumnya daripada Jibril a.s  dengan cara bertalaqqi dan menerima secara musyafahah pula daripada Allah Taala . Begitu juga ia sampai kepada kita dengan cara tawatur [secara berkumpulan yang tidak sekali-kali mungkin berlakunya pembohongan] dan memastikan kesahihan sanad merupakan salah satu daripada 3 rukun kesahihan al-Quran . Wallahu a'lam.
Imam Asim, riwayat Imam Hafs Dan Aliran As-Syatibiy

Sebaiknya kita bermula dengan mengenali Imam Asim , riwayatnya Hafs dan aliran as-Syatibiy sebelum kita memulakan pelajaran Ilmu Tajwid . Ini kerana daripada qiraat [bacaan] dan aliran merekalah kita beramal dan menjadi bacaan utama negara.

Biografi Imam Asim [عاصم ]

 Namanya Asim bin Abi an-Najud al-Asadiy al-Kufiy. Dikenali juga dengan panggilan Abu bakar. Ada yang berkata ayahnya bernama Abdullah dan maknya bernama Bahdalah . Beliau merupakan seorang alim dan guru al-Quran di Kufah .
Salah seorang daripada Imam Qurra Sepuluh . Hidup dari kalangan al-Tabi in . Menerima hadith daripada Abi Ramthah Rifa’ah a-Tamimiy dalam musnad Ahmad bin Hanbal  dan al-Harith bin Hassªn al-Bakriy dalam kitab Abi al-Qasim bin Sallam , kedua-dua mereka adalah sahabat kepada Asim.
Gabungan di antara kefasihan dan kemahiran , kemampuan menyusun dan memperelokkan bacaan al-Quran , menjadikan beliau seorang yang terbaik suara bacaan al-Quran , dan dipuji oleh ramai imam-imam , dan menerima bacaannya secara talaqqi .
Setelah ketiadaan Imam Abi AbdurRahman al-Salamiy yang merupakan gurunya , beliau menjadi tempat rujukan daripada seluruh pelusuk masyarakat untuk mempelajari bacaan al-Quran .
Antara muridnya yang masyhur dan meriwayat bacaan daripadanya ialah Imam Hafs dan Imam Syu’bah . Daripada bacaan yang diperturunkan kepada Imam Hafs kita mengambil bacaan Imam Asim. Jadi dikira bacaan kita sekarang ialah bacaan riwayat Hafs daripada Qiraat Asim .
Ada yang kata beliau meninggal dunia pada akhir tahun 127H, dan ditanam di as-Samawah menghala ke Syam . Ada yang kata beliau meninggal di Kufah pada tahun 128H .
Sanad Imam Asim yang sampai daripada RasululLah diambil daripada Ali bin Abi Talib k .w melalui AbdurRahman al-Salamiy dan AbdulLah bin Mas ud r.a melalui Zar bin Habisy al-Asadiy , dan ramai lagi dari kalangan para sahabah .
Manakala sanad RasululLah dan bacaan yang diperturunkan kepada Hafs adalah bacaan yang diambil daripada Ali bin               Abi Talib k .w melalui AbdurRahman al-Salamiy , dan bacaan yang diperturunkan kepada Syu’bah adalah bacaan yang diambil daripada  AbdulLah bin Mas ud r.a melalui Zar bin Habisy al-Asadiy.

Biografi Imam Hafs [حفص]
            Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadiy al-Kufiy al-Bazzaz [penjual pakaian] . Dikenali dengan Hufais . Merupakan kawan dan anak tiri kepada Imam Asim . Ia juga digelar Abu Amru.
Membaca al-Quran secara bertalaqqi  di hadapan Asim dan menjadi mahir sehingga disaksikan sebagai salah seorang ulama . Sesungguhnya beliau sangat banyak menghafal . Imam as-Syatibiy pernah memuji Imam Hafs dengan katanya :
وَحفْصٍ  وَبِالإِتْقَانِ  كَانَ  مُفَضَّلا
[ “….Hafs adalah seorang yang mahir dalam membaca al-Quran dan mempunyai kelebihan...” ]

Oleh kerana itulah riwayatnya masyhur dan banyak imam-imam menerima  bacaannya secara talaqqi termasuk sahabat-sahabatnya . Tidak menjadi pelik kerana Imam Asim sebagai bapa tiri yang mendidiknya sendiri . Setelah Imam Asim meninggal , beliau pula menjadi tempat menimba bacaan al-Quran oleh masyarakat dalam tempoh yang agak lama .
Abu Yahya bin Muayyin pernah berkata : “Riwayat yang sahih yang pernah diriwayatkan  daripada Imam Asim ialah riwayat Umar Hafs bin Sulaiman ” . “Beliau adalah murid Asim yang paling berpengetahuan dan sebutan hurufnya lebih rajih dan tepat berbanding Syu’bah”  kata Abu Hisyam al-Rifa’i. Kata al-Zahabiy : “Bacaannya dipercayai , terbukti dan tepat” .  Ibn al-Munadiy ada berkata : “Dia membaca al-Quran di hadapan Asim secara berterusan . Orang-orang dulu berpendapat beliau mendahului Syu’bah dalam menghafal. Mereka menyifatkan sebutan hurufnya tepat yang pernah ia pelajari  daripada Asim. Beliau mengajar       al-Quran dalam tempoh yang lama” .
Beberapa orang tokoh ulama telah mendengar dan mengambil bacaannya secara berdepan , antaranya Hussain bin Muhammad al-Marwaziy , Amru bin as-Sobah , Abid bin AsSobah , al-Fadlu bin Yahya al-Ambariy , Abu Syuib al-Qawas dan ramai lagi.
Mengikut riwayat yang sahih beliau lahir pada tahun 90H dan meninggal pada tahun 180H.

Biografi Imam as-Syatibiy [الشَّاطِبِى]
            Namanya ialah Abu al-Qasim bin Fayyurah bin Khalaf bin Ahmad al-Ra’iniy as-Syatibiy al-Andalusiy . Lahir pada tahun 538 di Syatibah iaitu salah sebuah perkampungan di Andalus .
            Mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi al-Hasan Ali bin Hazil al-Balansiy , bersambung daripada Abi Daud Sulaiman bin Najah , bersambung daripada Imam Abi Amru Uthman bin Said ad-Daniy [pengarang kitab Qiraat at-Taisir]. Beliau juga mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi AbdulLah Muhaammad al-‘As an-Nafaziy bersambung daripada para alim sezamannya .
            Beliau amat dikenali  dan terkenal dengan kitab Qiraat Tujuh yang berjudul “Hirzul Amani wa Wajhut Tahani” yang bersandarkan kepada kitab at Taisir Imam Amru ad Daniy dan tersusun daripadanya 1173 bait.
            Meninggal dunia selepas asar di Mesir pada 8 Jamadil Akhir tahun 590H .  Beliau di kebumikan di Qarafah , berhampiran lereng bukit al-Maqtam . Wallahu a'lam.

Isnin, 9 Ogos 2010

HUKUM KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Saya berkeyakinan, tidak ramai yang tahu hukum kesalahan dalam bacaan al-Quran. Kebanyakkannya yang membaca al-Quran hanya sekadar melafaz bunyi tanpa mengambil kira tahap bacaan menurut hukum yang telah sedia ada. Sebagai contoh, saya dapati ada yang bersungguh-sungguh membaca al-Quran, namun bacaannya amat mengecewakan, kesalahannya terlalu banyak, tidak tahu sebutan huruf, hukum bacaan tidak dituruti, dan berhenti sambung bacaan tidak mengikut makna. Saya yakin, kiranya pembaca itu tahu, apakah hukum kesalahannya di sisi Allah, dah tentu dia berhenti membaca dan tanpa berlengah akan mencari seorang guru.
Disini, secara ringkas ingin saya terangkan hukum kesalahan dalam membaca al-Quran iaitu
Pertama : Kesalahan yang dipanggil dalam istilah arab ialah lahnu Jali (kesalahan terang). Kesalahan ini adalah disebabkan oleh percanggahan kaedah bahasa arab seperti bertukar baris dengan baris, huruf dengan huruf, meninggalkan bacaan mad 2 harakat, dan meninggalkan idgham atau tasydid. Contohnya ialah :

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ dibaca dengan أَيَّاكَ أَعْبُدُ وَإِيَاكَ نَسْتَعِنُ    .    Kesalahan seperti ini biasanya dapat dikesan oleh kebanyakkan orang awam sekalipun mereka tidak mempelajari ilmu tajwid. Hukumnya adalah haram mengikut sepakat ulama.
Kedua : Kesalahan yang dinamakan lahnu  khafi (kesalahan tersembunyi) . Kesalahan ini adalah disebabkan oleh percanggahan kaedah tajwid seperti tidak mendengungkan bacaan pada tempat dengung , meninggalkan bacaan izhar,memendekkan bacaan yang panjang , dan tidak menepati sebutan huruf . Kesalahan seperti ini hanya dapat dikesan oleh mereka yang mempelajari ilmu tajwid sahaja .  Hukumnya tetap haram di atas pendapat yang kuat sekalipun ada juga ulama' yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh. Wallahu a'lam.

IMAM-IMAM QIRAAT ASYARA


  1. Nafi’ al-Madaniy [Abu Ruwaym Nafi’ bin AbdurRahmann bin Abi Naim al-Laisiy] yang diriwayat oleh Qalun [Isa bin Mina al-Madaniy] dan Warsy [Uthman bin Said al-Masriy] ;
  2. Ibn Kathir [AbdulLah bin Kathir al-Makkiy] yang diriwayatkan oleh al-Bazziy [Ahmad bn Muhammad bin AbdulLah bin Abi Bazzah al-Muazzin al-Makkiy] dan Qunbul [Muhammad binAbdurRahman bin Muhammad bin Khalid bin Said al-Makkiy] ;
  3. Abu Amru al-Basriy [Zian bin al-Ala’ bin Imar bin al-Uryan al-Maziniy] yang diriwayatkan oleh ad-Duriy [Abu hafs bin Amru bin al-Aziz ad-Duriy an-Nahwiy] dan as-Susiy [Abu Syuib Soleh bin Ziad bin AbdulLah as-Susiy;
  4.  Ibn Amir as-Syamiy [Abdullah bin Amir as-Syamiy al-Yasbiy] yang diriwayatkan oleh Hisyam [Hisyam bin Imar bin Nasra al-Qadi al-Dimasyqi] dan Ibn Zakwan [AbdulLah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan al-Maqdisiy al-Dimasyqi] ;
  5. Asim al-Kufiy [Asim bin Bahdalah Abu an-Najud al-Asadiy] yang diriwayatkan oleh Syu’bah [Abu Bakar bin Iyasy bin Salimal-Kufiy] dan Hafs [Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadiy al-Kufiy]
  6. Hamzah al-Kufiy [Hamzah bin Habib bin Imarah az-Ziyat] yang diriwayatkan oleh Khalaf [Khalaf bin hisyam al-Bazzar] dan Khallad [Khallad bin Khalid as-Sirafiy] ;
  7. Al-Kisa iy [Ali bin Hamzah an-Nahwiy] yang diriwayatkan oleh Abu al-Harith [al-Laisiy bin Khalid al-Baghdadiy] dan Hafs ad-Duriy [riwayat yang sama Abu Amru] ;
  8. Abu Jaafar al-Madaniy [Abu Jaafar Yazid bin al-Qa’qa’ al-Madaniy] yang diriwayatkan oleh Ibn Wardan [Abu al-Harith Isa bin Wardanal-Madaniy al-Hiza’] dan Ibn Jammaz [Abu ar-Rabi’ Sulaiman bin Muslim bin Jammaz az-Zahriy] ;
  9. Yaqub al-Basriy [Abu Muhammad Yaakub bin Ishak bin Zaid al-Hadramiy] yang diriwayatkan oleh Ruwais [Abu AbdulLah Muhammad bin al-Mutawakkal al-Lu’lu iy al-Basriy dan Rauh [Abu al-Hasan Rauh bin AbdulMukmin al-Basriy an-Nahwiy] ;
  10. Khalaf al-Asyir [Abu Muhammad Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab al-Bazzar al-baghdadiy] yang driwayatkan oleh Ishak [Abu Yaakub Ishak bin Ibrahim bin Uthman al-Waraq al-Maruziy] dan Idris [Abu al-Hasan Idris bin AbdulKarim al-Baghdadiy alHadad] .

FAEDAH PELAJARI AL-QURAN







Mengajak orang belajar al-Quran bukan satu perkara yang mudah. Ada orang niat dah berkali-kali, namun tak jadi-jadi nak belajar. Itu belum dengar cakap-cakap orang, tak payah belajar, cukup dengan apa yang ada, buat apa susah-susah, katanya buat seliuh lidah dan mulut je.  Kalau dah tak pandai, macam-macamlah alasan yang diberi, bimbang ada jamaah komen yang bukan-bukan, maklumlah bila ‘ustaz’ dah mula gelabah bila disuruh kehadapan jadi imam. Bacalah al-Quran dengan lahjah arab, elakkan diri daripada membaca al-Quran seperti orang fasik dan melakukan dosa-dosa besar. Orang yang masih dalam kefasikan dan melakukan dosa besar tidak akan mampu belajar dan membaca al-Quran dengan baik dan sempurna [dalam hadis riwayat al-Tirmizi].
Belajarlah al-Quran dengan mencipta kesempatan. Belajar mungkin datang sekali dalam hidup. Tak pandai tarannumpun tak apa, asalkan fasih sebutan huruf dan betul hukum bacaan. Sampai bila kita mampu mengelak. Umur semakin lanjut, mati semakin  dekat. Bayangkan kesan sebutan al-Quran yang tidak sempurna, solat dan amalan yang lain macam mana? Mulai perbaiki kualiti hidup dengan mahir membaca al-Quran. Nak jadi soleh tanpa mahir membaca al-Quran seperti orang mandi tak pakai wangian. Seorang mukmin yang mahir membaca al-Quran akan ditempatkan bersama para malaikat bararah, seorang mukmin membaca al-Quran sedangkan baginya kesulitan dalam membaca baginya dua ganjaran [dalam hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi].  
            Jangan sesekali menggadai diri dengan membiarkannya terubang-ambing dilembah yang curang dan hina. Pilihlah kedudukan yang mulia dan terpuji dengan mencari tempat yang lebih selesa dan lapang. Ingatlah kepada kehidupan di masa hadapan nasib untung yang belum memberi apa-apa jaminan di akhirat.   

Antara faedah mempelajari al-Quran ialah :

1)      Sebutan menjadi lebih baik dan bacaan bertambah elok sehingga memungkin seseorang itu memperolehi pahala yang berganda-ganda di dalam solat dan amalan lain ;
2)      Mendapat keredaan AlLah Taala di atas kecintaan seseorang menghayati bacaan al-Quran dan tidak mempermainkannya ;  
3)      Memperolehi kebahagiaan di dunia dengan kehidupan yang lebih teratur dan sejahtera, mendapat kebahagiaan di akhirat dengan hati yang tenang dan sejahtera ;
4)      Memelihara lidah daripada kesalahan menyebut kalimah al-Quran dan menjadi seseorang lebih fasih dalam setiap tutur susun bacaan al-Quran.

Isnin, 2 Ogos 2010

WAJAH DAN ALIRAN DALAM QIRAAT

                                                                                                                                                                                                          Ramai tidak mengetahui bahawa al-Quran yang dibaca hari ini mempunyai berbagai wajah dan kaedah , berbagai imam dan riwayat , menyebabkan ada berbagai bunyi , akibatnya menjadi rasa pelik dan hairan dengan menuduh orang lain tidak betul bacaannya . Kita hanya mengetahui satu wajah bacaan sahaja . Itupun dari mana ia datang  , dari siapa  kita ambil , tidak pernah dipeduli . Sebagai contoh surah al-Fatihah :

óÎ !$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ ßôJysø9$# ¬! Ä_>u šúüÏJn=»yèø9$# ÇËÈ Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÌÈ Å7Î=»tB ÏQöqtƒ ÉúïÏe$!$# ÇÍÈ x$­ƒÎ) ßç7÷ètR y$­ƒÎ)ur ÚúüÏètGó¡nS ÇÎÈ $tRÏ÷d$# xÞºuŽÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ xÞºuŽÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgøn=tã ÎŽöxTerbitkan Catatanî ÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgøn=tæ Ÿwur tûüÏj9!$žÒ9$# ÇÐÈ
Kalimah  7Î=»tB Qiraat Asim , al-Kisa iy, Yaakub membaca dengan mengekalkan mad dan Khalaf tidak wajib, selain  mereka membaca   مَلِكِ dengan tidak mengekalkan mad. 

Kalimah  xÞºuŽÅ_Ç9$# riwayat Qunbul , Ruwais membaca ص dengan س seperti السِّرَاطَ dan Khalaf Qiraat Hamzah di mana sahaja membaca   ص  dengan ز  seakan ظ dengan isymam seperti الظِّرَاط. Selainnya membaca dengan  ص .

Kalimah ÞºuŽÅÀ  di baca dengan سِرَاطَ  oleh Qunbul dan Ruwais , manakala isymam  dengan ز  seakan ظ  seperti ظِرَاطَ   oleh Khalaf  Qiraat Hamzah . Selain mereka membaca dengan ص .

Kalimah  OÎgøn=tæ  di baca dengan عَلَيهُمْ oleh Qiraat Hamzah dan Yaakub . Ada yang membaca silah [sambung]   م  sakinah dengan و  seperti عَلَيهِمُو  . Selain mereka membaca هـ baris bawah dan mati م .

Manakala kalimah  Å7Î=»tB  ÉOŠÏm§9$#  dibaca dengan Idgham Kabir dengan menyambung  م berbaris pertama dengan م berbaris kedua beserta tasydid seperti  الرَّحِيمَّلِكِ  oleh Qiraat Ibn Amir.

            Kebanyakkan kita hanya mengenali imam-imam seperti Syafie , Hanafi , Hambali , Maliki dan banyak lagi sebagai imam mazhab dalam ilmu fiqh , tetapi kita tidak mengenali  imam-imam seperti Nafi’ , Ibn Kathir , Abu Amr , Ibn Amir , Asim , Hamzah , dan al-Kisa ie sebagai imam dalam ilmu bacaan al-Quran     [ Ilmu Qiraat ] . Mereka ini dikenali sebagai Qurra Sab ‘ah [ Imam Qiraat Tujuh ] yang dibawa , dikumpul dan dimasyhurkan oleh Imam al-Qasim bin Fayyurah bin Khalaf  as- Syatibiy . Oleh itu ia dikenali sebagai Qiraat Aliran Imam as-Syatibiy atau Qiraat Sab ah kerana segala kaedah bacaan daripada imam-imam tersebut disusun semula oleh beliau . Prinsip Imam as-Syatibiy yang hanya berlandaskan kepada riwayat mutawatirah , maka ia juga dikenali sebagai Qiraat Mutawatirah.

Hampir 200 tahun kemudian daripada itu  ,  lahir seorang yang juga fakih dalam ilmu Qiraat , iaitu Imam Muhammad bin Muhammad Ibn Muhammad  bin al-Jazariy . Hasil  daripada penemuan kaedah yang baru dalam Ilmu Qiraat , beliau  telah menyusun dan mengumpul kembali kesemua imam-imam Qurra Sab ‘ah tersebut dan menambah 3 lagi imam [ Abu Jaafar , Yaakub , dan Khalaful Asyir ] menjadi ia sepuluh imam . Kesemua imam-imam tersebut dikenali sebagai Qurra Asyarah [Imam Qiraat sepuluh]. Aliran ini pula dikenali sebagai Qiraat Aliran Imam al-Jazariy atau Qiraat Asyarah kerana ia diperkenalkan dan dimasyhurkan oleh beliau . Prinsip Imam al-Jazariy ialah berlandaskan kepada dua sumber iaitu daripada riwayat mutawatirah dan riwayat ahad . Ini menjadikan antara bacaan aliran Imam Ibn al-Jazariy dan Imam as-Syatibiy berbeza . Sekalipun bacaan al-Quran diambil daripada riwayat yang sama seperti  riwayat Imam Hafs [ kebanyakkan negara beramal dengan bacaan riwayat Imam Hafs ], tetapi bacaan Imam Hafs daripada aliran Imam as-Syatibiy tidak sama dengan Imam Hafs daripada aliran Imam al-Jazariy . Ini disebabkan oleh prinsip dan penemuan kaedah bacaan al-Quran antara kedua-dua aliran tersebut adalah berbeza . 

Inilah masalah yang sering timbul di kalangan kebanyakan masyarakat , guru-guru al-Quran , imam-imam solat termasuk penulis-penulis buku tajwid yang tidak memahami asas kaedah dalam pembacaan al-Quran . Akibatnya banyak bacaan al-Quran menjadi rosak dan tidak beriwayat .