Rabu, 14 Julai 2010

PERLU ADA KELAYAKAN MENGAJAR AL-QURAN

Tidak dinafikan mengajar al-Quran merupakan satu pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi. Sesiapa yang mengajar al-Quran biasanya rezkinya melimpah ruah sekalipun kelulusannya tak seberapa, apatah lagi yang berkelulusan. Ada yang mengajar dari rumah ke rumah, dari pejabat ke pejabat, dan ada juga dari kilang ke kilang. Ada juga yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Namun pendapatannya cukup menggembirakan. Ada yang mampu beli rumah dan kereta mewah. Kata orang, takkan papa dan miskin orang yang mengajar agama.

Di sebalik keseronokkan dan kegembiraan kelebihan yang dimiliki itu, banyak orang lupa tentang kelayakkan, kebolehan dan kemahiran yang patut dimiliki oleh seorang pengajar. Satu ketika, ada kawan saya menyanggah bila saya kata kita buat satu kelas bahasa arab dalam bentuk tafsir. Kata dia, mana boleh orang yang tak berkelayakkan seperti kami mengajar bahasa arab tetapi tak bermakna saya tak mampu mengajar bahasa arab kerana belajar bahasa arab ni bertahun-tahunlah juga. Memang betul kami tak berkelayakkan, tapi betapa ramainya guru yang mengajar al-Quran tidak punyai kelayakkan. Kawan saya yang menyanggah saya itu pun tak ada kelayakkan mengajar al-Quran, dalam waktu yang sama dia juga mengajar al-Quran bersama-sama kami kerana kelayakkan dia mengajar bahasa arab sahaja.

Bezanya Ilmu Bacaan al-Quran dengan Ilmu-ilmu lain ialah ia tidak memadai hanya mempelajari teori jika tidak disusuli dengan amalan yang perlu kepada sebutan yang fasih dan ia diambil daripada seorang guru yang mutqin dan berkelayakkan. Bukan itu saja, ia perlu diulang baca berulang-ulang berpuluh kali, bergantung kepada kebolehan individu. Lagi baik, jika ia mampu menghafal kerana cara menghafal boleh mengekal dan menyimpan setiap bacaan yang dipelajari. Beza jika tidak hafal, susah untuk mengekalkan bentuk bacaan yang dipelajari melainkan diulang berpuluh kali seperti tadi menjadikan ia hampir hafal.

Pentingnya memperolehi bacaan daripada seseorang individu yang berkelayakkan dan yang mahir dalam bacaan al-Quran kerana bagi memastikan setiap bacaan yang dipelajari dan disimpan adalah bacaan yang sahih dan diperakui. Lihatlah, bagaimana seorang guru yang mengajar, hanya menekankan pada teori dan pentarifan semata-mata, tidak menitik beratkan pada perlaksanaan bacaan, sangat kurang amalan bacaan, lalu disuruhnya pelajar mengahafal nama-nama teori dan tarif hukum untuk peperiksaan. Cemerlang dalam peperiksaan, tapi gagal dalam bacaan. Ada juga yang mengajar semata-mata membetulkan bacaan hanya berlandaskan bunyi huruf, asal ada bunyi tapi bukan tempat keluar huruf dan teknik sebutan huruf yang betul, malah tidak tahu membezakan antara hukum dan nama hukum, juga tidak tahu teknik waqaf dan ibtida’.

Kelayakkan mengajar al-Quran ini bukan bermakna ia memiliki sekeping sijil sahaja, malah lebih dari itu. Seseorang yang dikira mempunyai kelayakkan menjadi seorang guru al-Quran sepatutnya mempunyai kateria berikut:
1. Pernah mengambil bacaan al-Quran 30 juzuk daripada seorang guru yang berkelayakkan secara berdepan dan musyafahah serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bacaan al-Quran, bukan secara angkat muat, dan guru agama semata-mata;

2. Memperolehi ijazah atau perakuan daripada seorang guru untuk mengajar, atau memperolehi ijazah daripada mana-mana institusi pengajian al-Quran yang diiktiraf, terlebih utama mereka yang khusus dalam bidang al-Quran;

3. Sebaik-baiknya menghafal setiap bacaan yang diambil daripada guru, jika tidak menghafal sekalipun, mesti seorang yang istiqamah membaca al-Quran dan berulang-ulang kali seolah-olah ia menghafal;

4. Mahir dalam sebutan huruf dan sifat huruf sehingga mampu membetulkan sebutan huruf mengikut tempat sebutan yang betul dan sifatnya yang serasi, mampu merealisasikan hukum dalam bacaan al-Quran sehingga mampu mengesan setiap kesalahan dari yang jelas hingga yang tersembunyi, serta mahir dalam menentukan waqaf ibtida bagi melahirkan kebesaran al-Quran melalui melalui makna yang tersusun dan menarik;

5. Mahir dalam ilmu bahasa arab bagi membantu dalam menentukan waqaf ibtida yang munasabah, bukan hanya mengambil ilmu waqaf ibtida semata-mata daripada kitab-kitab dan guru, malah waqaf ibtida adalah sesuatu yang subjektif, melihat kepada panjang pendek nafas yang ada pada individu, jika tidak, memadai memperolehi daripada guru.

Kiranya kateria di atas tidak dimiliki maka ia hanya layak mengajar di peringkat asas dan permulaan bacaan, dan kiranya mengajar juga di peringkat al-Quran maka hendaklah pelajarnya itu wajib mencari seorang guru yang lebih berkelayakkan dan mahir dalam ilmu bacaan al-Quran. Wallahualam.




Khamis, 1 Julai 2010

CARA BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QURAN


Belajar dan mengajar al-Quran adalah dua perkara yang seiring dan berkait rapat antara satu sama lain.  Seorang pelajar mesti tahu apa yang hendak mereka belajar, dan seorang guru pula mesti tahu apa yang hendak diajar. Datang belajar dengan hasrat dan niat semata-mata tidak mencukupi jika tidak tahu apa yang patut mereka belajar. Guru pula seharusnya cukup bersedia dan bijak dalam memperjelaskan tujuan dan hasrat mempelajari al-Quran agar pelajar tahu maksud dan tujuan belajar. Seorang pelajar mesti ada kesungguhan, manakala seorang guru mesti cukup mahir dalam ilmu yang hendak diajar.
Ramai yang belajar al-Quran tidak cukup bersedia. Hanya datang ke kelas sekadar mencukupkan waktu belajar. Sepatutnya pelajar memperuntukkan masa yang minima untuk mengulangkaji apa yang sudah di pelajari. Sekurang-kurangnya 15 minit dalam sehari. Jika jawapan tidak ada masa untuk mengulangkaji kerana kesibukakan kerja atau sebagainya, maka apa guna belajar kerana belajar adalah untuk membaca. Tiada masa mengulangkaji samalah tiada masa untuk membaca. Kadang-kadang datang ke kelas baru nak mula membaca atau tidak mengambil kesempatan sementara menunggu kedatangan guru. Jika di kelas tidak bijak memanfaatkan masa, maka di manakah tempatnya.
Ada juga pelajar yang susah memahami apa yang diajar. Ini kerana mungkin pelajar tersebut masih tidak memelihara diri dari perkara yang haram.   Perkara yang haram termasuk makan minum dari punca rezki yang tidak menepati syara’ seperti mengamal riba, menerima rasuah, tidak sempurna menimbang barang, tidak menggunakan bahan yang mencukupi , mencuri tulang ketika bekerja, atau bahan yang digunakan bukan dari sumber yang halal seperti tiada logo halal yang sah. Walaupun logo itu bukan satu pengesahan atau jaminan tetapi sekurang-kurangnya ada panduan atau tempat yang boleh kita rujuk.  Samalah juga mesti menghindari dari perkara maksiat yang boleh mendatangkan dosa-dosa kecil seperti tidak menutup aurat, tidak memelihara pandangan mata, menyakiti orang,  dan lain-lain . Lebih-lebih lagi dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, derhaka kepada dua ibubapa, tidak menunaikan zakat, tidak mengerja puasa di bulan ramadan dan tidak mengerjakan haji bagi yang ada kemampuan, termasuklah juga melakukan perkara syirik terhadap AlLah s.w.t seperti sifat pergantungan kepada manusia, mengamal sihir, memakai susut, menggunakan bomoh ilmu hitam, dan terlibat dengan ajaran sesat dan songsang.
Ini dikira perkara umum seharusnya diamalkan oleh seseorang yang ingin  mendalami bacaan al-Quran, sama ada untuk diri sendiri maupun secara mendalam bagi persiadaan menjadi seorang guru. Seseorang guru pula seharusnya seorang yang peka dan mudah memahami situasi dan sifat pelajarnya sama ada pelajarnya itu di tahap cemerlang, sederhana dan lemah. Yang cemerlang sudah tentu mudah diajar, yang sederhana perlu banyak tunjuk ajar, manakala yang lemah perlu bimbingan yang khusus dan penuh kesabaran, sama ada dari pihak pelajar maupun guru. Kegagalan seseorang guru mengesan lebih awal akan mengakibatkan apa yang diajar kurang berkesan dan menjadi lebih susah dan membebankan.
Di sini, penulis kemukakan beberapa cadangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran al-Quran untuk tatapan semua. Antara cadangan tersebut ialah :

1)      Sebaik-baiknya guru menggunakan kaedah yang paling mudah dan paling ringkas supaya dapat diterima oleh semua tahap sama ada yang sudah ada sedikit pengetahuan atau langsung tiada pengetahuan ;
2)      Dipermulaan kelas guru seharusnya memperjelaskan matlamat dan tujuan mempelajari al-Quran kerana ada yang menghadiri kelas al-Quran semata-mata ingin memperolehi sekeping sijil atau menempa nama dan ada juga yang datang ke kelas tanpa ada matlamat yang jelas yang hanya bergantung penuh kepada apa mahu diajar oleh guru. Ini bermakna bukan menuntut ilmu tetapi semata-mata menerima ilmu;
3)      Bagi memastikan guru yang mengajar bukan dari yang sembarangan,  maka pastikan guru tersebut mampu mengajar kaedah dan cara-cara membetulkan sebutan huruf bagi menepati sifat bacaan, memperelokkan bacaan nun sakinah, tanwin, mim sakinah, panjang pendek bacaan dan sebagainya berpandukan kepada sebab, bukan berpandukan kepada nama hukum sebagaimana kaedah pengajaran al-Quran yang diamal sekarang yang lebih kepada pengertian hukum dan bukan lebih kepada pelaksanaan  membaca serta ujian peperiksaan kerana . tiada guru lulus dalam peperiksaan sedang hakikatnya tidak mampu membac al-Quran. Sekalipun belajar al-Quran berkali-kali namun masih belum ada keyakinan untuk membaca secara bersendirian;
4)      Seorang guru al-Quran mestilah tahu berbahasa arab supaya dapat menerangkan tempat yang harus dan tidak harus diwaqafkan, serta harus dan tidak harus untuk memulakan bacaan setelah diwaqafkan kerana ada yang waqaf ibtida sesuka hati. Sekalipun tidak tahu berbahasa arab, sekurang-kurangnya seorang yang telah tamat membaca al-Quran 30 juzu dan mewarisi waqaf ibtida dari seorang guru, lalu waqaf ibtida tersebut dapat diwarisi dari jenerasi ke jenerasi yang lain;
5)      Sebaik-baiknya pelajari al-Quran dari seorang guru yang menghafal al-Quran, sekurang-kurangnya seorang guru  yang memelihara dan menjaga  al-Quran dengan membacanya setiap hari  ;  
6)      Dalam suasana masyarakat memerlukan ilmu pengetahuan dan sebagainya, kualiti ilmu dan kemahiran mengajar wajib dititik beratkan agar tiada pihak yang teranaya dan diambil kesempatan di atas kelemahan yang ada.