Selasa, 6 Mei 2008

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN




  1. Menghadap Qiblat jika ada kesempatan ;
  2. Menggosok gigi kerana menghormati al-Quran ;
  3. Suci dan bersih daripada hadas dan berwuduk ;
  4. Memelihara diri daripada maksiat , dosa dan perkara yang diharamkan ;
  5. Mempunyai tubuh badan dan pakaian yang bersih daripada najis ;
  6. Memahami makna , berfikir dan khusyuk ketika membaca al-Quran :

Terjemahan : “Kitab(al-Quran) merupakan kitab yang kami turunkan kepada engkau(Muhammad) ada keberkatan supaya mereka memerhati ayat-ayatnya , dan supaya orang yang berakal akan ” . [Surah Sod : ayat 29]


  1. Memperelok bacaan dengan suara merdu dengan seadanya yang mampu dan sekurangnya tidak sumbang bila didengar ;
  2. Memilih masa dan tempat yang sesuai ;
  3. Menangis ketika membaca al-Quran sekalipun hanya buat-buat menangis ;
  4. Mohon rahmat AlLah pada ayat rahmat , Mohon hindar azab pada ayat azab
  5. Menjauhi daripada perkara yang melalaikan dan selesaikan terlebih dahulu perkara yang dihajati ;
  6. Tidak memutuskan bacaan dan berhenti sesuka hati tanpa ada kaitan dengan ayat yang dibaca ;
  7. Menghindari daripada bercakap-cakap, bergelak ketawa, dan bermain-main ketika membaca al-Quran kerana ditegah dan jauh dari rahmah Allah s.w.t., firman AlLah s.w.t :

Terjemahan : “Dan apabila al-Quran dibaca , maka hendaklah kamu semua mendengarnya , dan hendaklah kamu semua diam , mudahan akan dirahmati AlLah” . [Surah al-A’raf :ayat 204]

1 ulasan:

cikgu azman berkata...

Ustaz, bagaimana pandangan ustaz apabila ada sesetengah orang mengatakan membaca quran yang mempunyai helaian terjemahan tidak perlu ada wudhu'.

Terima kasih.

Wassalam

-azman puchong