Rabu, 7 Mei 2008

Hukum Mempelajari Dan Beramal Dengan Ilmu Tajwid



Mempelajarinya sekadar untuk tahu membaca al-Quran ialah wajib
ke atas orang awam kerana tanpa mempelajari ilmu tajwid sudah tentu mereka tidak mampu membaca al-Quran dengan sempurna.


Mempelajarinya secara mendalam sehingga mahir dan menjadi tempat rujukan ialah wajib sekadar memadai seorang sahaja bagi setiap daerah dari kalangan orang awam. Jika tiada , nescaya menanggunglah dosa semuanya.


Beramal dengannya sudah tentu menjadi wajib ke atas setiap individu muslim yang sudah baligh, berakal dan mukallaf sama ada hendak menghafal atau membaca atau sebahagian sahaja yang hendak di baca dan dihafal :


i. Firman AlLªh s.w.t :

Terjemahannya : “ Perelokkan bacaan al-Qurªn dengan bacaan yang teratur (bertajwid) ”


ii. Sabda RasalulLªh s.a.w :

Terjemahannya : “ Bacalah olehmu sekalian akan al-Qurªn dengan lahjah dan suara arab, dan elakkanlah dirimu daripada membacanya seperti lahjah ahli perosak dan mereka yang melakukan dosa-dosa besar ”.


Ada sesetengah dari kalangan ulama berpendapat bahawa melaksanakan kaedah ilmu tajwid dalam membaca satu-satu hadis adalah penting. Yang sebenarnya dalam perkara itu ialah sunat sahaja dan bukan sampai kepada tahap yang wajib.

1 ulasan:

tasydid kijal berkata...

Assalamualaikum Ustaz Wan Fazli, saya setuju 100% dengan ustaz. Banyak orang tak tahu mengenainya kerana tak ramai orang macam ustaz untuk mengembangkan ilmu tersebut. Selain dari UIA, manakah lagi lain-lain tempat di mana orang awam, sama ada dewasa atau kanak-kanak boleh mempelajari dan mendalaminya.