Saya berkeyakinan, tidak ramai yang tahu hukum kesalahan dalam bacaan al-Quran. Kebanyakkannya yang membaca al-Quran hanya sekadar melafaz bunyi tanpa mengambil kira tahap bacaan menurut hukum yang telah sedia ada. Sebagai contoh, saya dapati ada yang bersungguh-sungguh membaca al-Quran, namun bacaannya amat mengecewakan, kesalahannya terlalu banyak, tidak tahu sebutan huruf, hukum bacaan tidak dituruti, dan berhenti sambung bacaan tidak mengikut makna. Saya yakin, kiranya pembaca itu tahu, apakah hukum kesalahannya di sisi Allah, dah tentu dia berhenti membaca dan tanpa berlengah akan mencari seorang guru.
Disini, secara ringkas ingin saya terangkan hukum kesalahan dalam membaca al-Quran iaitu
Pertama : Kesalahan yang dipanggil dalam istilah arab ialah lahnu Jali (kesalahan terang). Kesalahan ini adalah disebabkan oleh percanggahan kaedah bahasa arab seperti bertukar baris dengan baris, huruf dengan huruf, meninggalkan bacaan mad 2 harakat, dan meninggalkan idgham atau tasydid. Contohnya ialah :
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ dibaca dengan أَيَّاكَ أَعْبُدُ وَإِيَاكَ نَسْتَعِنُ . Kesalahan seperti ini biasanya dapat dikesan oleh kebanyakkan orang awam sekalipun mereka tidak mempelajari ilmu tajwid. Hukumnya adalah haram mengikut sepakat ulama.
Kedua : Kesalahan yang dinamakan lahnu khafi (kesalahan tersembunyi) . Kesalahan ini adalah disebabkan oleh percanggahan kaedah tajwid seperti tidak mendengungkan bacaan pada tempat dengung , meninggalkan bacaan izhar,memendekkan bacaan yang panjang , dan tidak menepati sebutan huruf . Kesalahan seperti ini hanya dapat dikesan oleh mereka yang mempelajari ilmu tajwid sahaja . Hukumnya tetap haram di atas pendapat yang kuat sekalipun ada juga ulama' yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan