Ramai tidak mengetahui bahawa al-Quran yang dibaca hari ini mempunyai berbagai wajah dan kaedah , berbagai imam dan riwayat , menyebabkan ada berbagai bunyi , akibatnya menjadi rasa pelik dan hairan dengan menuduh orang lain tidak betul bacaannya . Kita hanya mengetahui satu wajah bacaan sahaja . Itupun dari mana ia datang , dari siapa kita ambil , tidak pernah dipeduli . Sebagai contoh surah al-Fatihah :
óÎ !$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ ß‰ôJysø9$# ¬! Ä_>u‘ šúüÏJn=»yèø9$# ÇËÈ Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÌÈ Å7Î=»tB ÏQöqtƒ ÉúïÏe$!$# ÇÍÈ x‚$ƒÎ) ߉ç7÷ètR y‚$ƒÎ)ur ÚúüÏètGó¡nS ÇÎÈ $tRω÷d$# xÞºuŽÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ xÞºuŽÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgø‹n=tã ÎŽöxTerbitkan Catatanî ÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgø‹n=tæ Ÿwur tûüÏj9!$žÒ9$# ÇÐÈ
Kalimah 7Î=»tB Qiraat Asim , al-Kisa iy, Yaakub membaca dengan mengekalkan mad dan Khalaf tidak wajib, selain mereka membaca مَلِكِ dengan tidak mengekalkan mad.
Kalimah xÞºuŽÅ_Ç9$# riwayat Qunbul , Ruwais membaca ص dengan س seperti السِّرَاطَ dan Khalaf Qiraat Hamzah di mana sahaja membaca ص dengan ز seakan ظ dengan isymam seperti الظِّرَاط. Selainnya membaca dengan ص .
Kalimah ÞºuŽÅÀ di baca dengan سِرَاطَ oleh Qunbul dan Ruwais , manakala isymam dengan ز seakan ظ seperti ظِرَاطَ oleh Khalaf Qiraat Hamzah . Selain mereka membaca dengan ص .
Kalimah OÎgø‹n=tæ di baca dengan عَلَيهُمْ oleh Qiraat Hamzah dan Yaakub . Ada yang membaca silah [sambung] م sakinah dengan و seperti عَلَيهِمُو . Selain mereka membaca هـ baris bawah dan mati م .
Manakala kalimah Å7Î=»tB ÉOŠÏm§9$# dibaca dengan Idgham Kabir dengan menyambung م berbaris pertama dengan م berbaris kedua beserta tasydid seperti الرَّحِيمَّلِكِ oleh Qiraat Ibn Amir.
Kebanyakkan kita hanya mengenali imam-imam seperti Syafie , Hanafi , Hambali , Maliki dan banyak lagi sebagai imam mazhab dalam ilmu fiqh , tetapi kita tidak mengenali imam-imam seperti Nafi’ , Ibn Kathir , Abu Amr , Ibn Amir , Asim , Hamzah , dan al-Kisa ie sebagai imam dalam ilmu bacaan al-Quran [ Ilmu Qiraat ] . Mereka ini dikenali sebagai Qurra Sab ‘ah [ Imam Qiraat Tujuh ] yang dibawa , dikumpul dan dimasyhurkan oleh Imam al-Qasim bin Fayyurah bin Khalaf as- Syatibiy . Oleh itu ia dikenali sebagai Qiraat Aliran Imam as-Syatibiy atau Qiraat Sab ah kerana segala kaedah bacaan daripada imam-imam tersebut disusun semula oleh beliau . Prinsip Imam as-Syatibiy yang hanya berlandaskan kepada riwayat mutawatirah , maka ia juga dikenali sebagai Qiraat Mutawatirah.
Hampir 200 tahun kemudian daripada itu , lahir seorang yang juga fakih dalam ilmu Qiraat , iaitu Imam Muhammad bin Muhammad Ibn Muhammad bin al-Jazariy . Hasil daripada penemuan kaedah yang baru dalam Ilmu Qiraat , beliau telah menyusun dan mengumpul kembali kesemua imam-imam Qurra Sab ‘ah tersebut dan menambah 3 lagi imam [ Abu Jaafar , Yaakub , dan Khalaful Asyir ] menjadi ia sepuluh imam . Kesemua imam-imam tersebut dikenali sebagai Qurra Asyarah [Imam Qiraat sepuluh]. Aliran ini pula dikenali sebagai Qiraat Aliran Imam al-Jazariy atau Qiraat Asyarah kerana ia diperkenalkan dan dimasyhurkan oleh beliau . Prinsip Imam al-Jazariy ialah berlandaskan kepada dua sumber iaitu daripada riwayat mutawatirah dan riwayat ahad . Ini menjadikan antara bacaan aliran Imam Ibn al-Jazariy dan Imam as-Syatibiy berbeza . Sekalipun bacaan al-Quran diambil daripada riwayat yang sama seperti riwayat Imam Hafs [ kebanyakkan negara beramal dengan bacaan riwayat Imam Hafs ], tetapi bacaan Imam Hafs daripada aliran Imam as-Syatibiy tidak sama dengan Imam Hafs daripada aliran Imam al-Jazariy . Ini disebabkan oleh prinsip dan penemuan kaedah bacaan al-Quran antara kedua-dua aliran tersebut adalah berbeza .
Inilah masalah yang sering timbul di kalangan kebanyakan masyarakat , guru-guru al-Quran , imam-imam solat termasuk penulis-penulis buku tajwid yang tidak memahami asas kaedah dalam pembacaan al-Quran . Akibatnya banyak bacaan al-Quran menjadi rosak dan tidak beriwayat .
2 ulasan:
salam ustaz.. bole x jelaskan lagi apa maksud wajah dalam ilmu qiraat.
salam ustaz.. bole x terangkan wajah dalam ilmu qiraat. tq.
Catat Ulasan